20 October 2010

Promosi Pengenalan

Homestay 270 kini sedia untuk menerima tetamu. Berkedudukan strategik di pintu utama ke negeri ini - kawasan Pentadbiran Melaka ini juga terkenal dengan tempat-tempat menarik di samping beberapa pusat pengajian tinggi awam & swasta. Homestay 270 sangat sesuai untuk beristirehat semasa datang melawat ke Negeri Melaka, penginapan sempena majlis konvokesyen, konvensyen, pameran, persidangan malah rumah persinggahan majlis perkahwinan. Promosi adalah sehingga 31/12/2010, dengan menawarkan kadar rata RM120/malam. Mengapa perlu bayar lebih untuk keselesaan yang sama?

16 October 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Melaka Maju 2010... Homestay 270 dijangka akan mula menerima tetamu mulai November ini. Segala persiapan dan proses melengkapkan kemudahan sedang giat dilakukan setelah hampir 2 bulan proses pengubahsuaian dilakukan. Dengan keluasan penginapan 22' x 80', homestay ini sangat sesuai didiami 2-3 buah keluarga untuk beristirehat sebentar setelah penat meronda-ronda di Bandaraya Melaka Bersejarah. Nantikan harga promosi pembukaan sehingga akhir tahun ini pada posting seterusnya.