14 October 2011

Tempahan Cuti Sekolah 2011

Musim cuti sekolah 2011 hampir tiba!

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Melaka menjadi tumpuan ramai apabila tibanya cuti sekolah, cuti panjang atau pun di hujung minggu. Kebiasaannya hotel-hotel di Melaka akan Fully Booked.

Kami telah mula menerima tempahan untuk musim cuti sekolah 2011. Buatlah tempahan awal dengan segera..

30 July 2011

Muzium Maritim @ Replika Flor De Lamar

Muzium Maritim merupakan replika 'Flor de Lamar' - sebuah replika kapal Portugis yang tenggelam di luar pantai Melaka semasa dalam perjalanan ke Portugal. Kerja pembinaan replika ini bermula pada awal tahun 1990 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Maritime Museum telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun, 1994


20 May 2011

First Aid Kit

Sebagai satu langkah untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami kepada tetamu-tetamu homestay, kini Homestay 270 di lengkapi First Aid Kid.

27 February 2011

Cuti Sekolah Mac 2011

Alhamdulillah, kami telah menerima beberapa tempahan untuk musim cuti sekolah Mac 2011. Kepada mereka yang masih mencari-cari tempat penginapan di Melaka, Ayer Keroh Homestay 270 merupakan pilihan yang terbaik. Kedudukan homestay ini yang terletak di Ayer Keroh memudahkan anda untuk melawat tempat-tempat berikut:


  1. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
  2. Perkampungan Buku Melaka
  3. Zoo Melaka
  4. Taman Buaya Melaka
  5. Taman Mini Malaysia / Mini Asean
  6. Taman Rama-Rama
  7. Taman Seribu Bunga (...)
  8. Taman Botanikal (....)
  9. Melaka International Bowling Centre (MIBC)
  10. Planetarium Melaka
Jarak homestay ini ke tempat-tempat yang disenaraikan di atas adalah kira-kira 3km sahaja. Rancanglah percutian anda sebaik mungkin dan buatlah tempahan awal.

14 February 2011

Tempahan & Pembayaran

Anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut :

  1. Hubungi kami pihak Ayer Keroh Homestay 270 untuk menyemak kekosongan dan membuat tempahan atau anda juga boleh membuat tempahan online di mana pihak Ayer Keroh Homestay 270 akan menghubungi anda semula.
  2. Deposit sebanyak RM50.00/malam dikenakan untuk menempah tarikh. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menerusi maybank2u.com. No akaun akan dimaklumkan kemudian. Pembayaran deposit perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat panggilan. Jika deposit tidak diterima dalam tempoh 48 jam, pihak Ayer Keroh Homestay 270 menganggap tiada tempahan dilakukan. Bayaran deposit yang diterima akan disimpan oleh pihak Ayer Keroh Homestay 270.
  3. Baki pembayaran dijelaskan semasa menerima kunci. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Ayer Keroh Homestay 270.

30 January 2011

Kadar Sewa 2011

Kadar sewa Ayer Keroh Homestay 270 adalah RM150/malam sepanjang tahun 2011. Sebarang perubahan atau promosi akan diumumkan kelak. Harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keselesaan yang kami tawarkan, InsyaAllah.