27 February 2011

Cuti Sekolah Mac 2011

Alhamdulillah, kami telah menerima beberapa tempahan untuk musim cuti sekolah Mac 2011. Kepada mereka yang masih mencari-cari tempat penginapan di Melaka, Ayer Keroh Homestay 270 merupakan pilihan yang terbaik. Kedudukan homestay ini yang terletak di Ayer Keroh memudahkan anda untuk melawat tempat-tempat berikut:


  1. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
  2. Perkampungan Buku Melaka
  3. Zoo Melaka
  4. Taman Buaya Melaka
  5. Taman Mini Malaysia / Mini Asean
  6. Taman Rama-Rama
  7. Taman Seribu Bunga (...)
  8. Taman Botanikal (....)
  9. Melaka International Bowling Centre (MIBC)
  10. Planetarium Melaka
Jarak homestay ini ke tempat-tempat yang disenaraikan di atas adalah kira-kira 3km sahaja. Rancanglah percutian anda sebaik mungkin dan buatlah tempahan awal.

14 February 2011

Tempahan & Pembayaran

Anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut :

  1. Hubungi kami pihak Ayer Keroh Homestay 270 untuk menyemak kekosongan dan membuat tempahan atau anda juga boleh membuat tempahan online di mana pihak Ayer Keroh Homestay 270 akan menghubungi anda semula.
  2. Deposit sebanyak RM50.00/malam dikenakan untuk menempah tarikh. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menerusi maybank2u.com. No akaun akan dimaklumkan kemudian. Pembayaran deposit perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat panggilan. Jika deposit tidak diterima dalam tempoh 48 jam, pihak Ayer Keroh Homestay 270 menganggap tiada tempahan dilakukan. Bayaran deposit yang diterima akan disimpan oleh pihak Ayer Keroh Homestay 270.
  3. Baki pembayaran dijelaskan semasa menerima kunci. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Ayer Keroh Homestay 270.