25 December 2010

Malacca Tourist Guide

Untuk memudahkan tetamu Homestay270 melancong ke Melaka, anda boleh dapatkan Malacca Tourist Guide di sini. Semoga dengan adanya e-brochure ini dapat melicinkan lagi perjalanan dan percutian anda di Negeri Melaka ini.

Nota: e-brochure ini disediakan oleh Tourism Malaysia.

25 November 2010

Cuti Sekolah 2010

Musim cuti sekolah telah pun bermula. Melaka merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai apabila tibanya cuti sekolah, cuti panjang atau pun di hujung minggu. Ini kerana Melaka mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati seperti tempat bersejarah, muzium, pusat membeli-belah, pantai dan 1001 macam lagi. Kebiasaannya hotel-hotel di Melaka akan Fully Booked. Rebutlah peluang dengan membuat tempahan awal sempena promosi pembukaan kami dengan kadar RM120/malam. Sila klik di sini untuk kekosongan pada penghujung November dan sepanjang Disember 2010.



Update:  Space Fair 2010 - NASA @ Planetarium Melaka sedang berlangsung dari 22-28 November 2010, bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Tiket masuk berharga RM8.00 (Dewasa) dan RM5.00 (Pelajar).

10 November 2010

Tempahan Homestay

Untuk memudahkan lagi urusan tempahan, berikut adalah senarai penuh tempahan yang telah kami terima sepanjang bulan Disember 2010. Harga promosi RM120/malam adalah sehingga 31/12/2010. Harga yang ditawarkan adalah kadar rata setiap hari (weekdays/weekend).

Update: Senarai penuh tempahan adalah untuk sepanjang masa. Anda boleh melihat kekosongan sedia ada sebelum membuat tempahan.

20 October 2010

Promosi Pengenalan

Homestay 270 kini sedia untuk menerima tetamu. Berkedudukan strategik di pintu utama ke negeri ini - kawasan Pentadbiran Melaka ini juga terkenal dengan tempat-tempat menarik di samping beberapa pusat pengajian tinggi awam & swasta. Homestay 270 sangat sesuai untuk beristirehat semasa datang melawat ke Negeri Melaka, penginapan sempena majlis konvokesyen, konvensyen, pameran, persidangan malah rumah persinggahan majlis perkahwinan. Promosi adalah sehingga 31/12/2010, dengan menawarkan kadar rata RM120/malam. Mengapa perlu bayar lebih untuk keselesaan yang sama?

16 October 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Melaka Maju 2010... Homestay 270 dijangka akan mula menerima tetamu mulai November ini. Segala persiapan dan proses melengkapkan kemudahan sedang giat dilakukan setelah hampir 2 bulan proses pengubahsuaian dilakukan. Dengan keluasan penginapan 22' x 80', homestay ini sangat sesuai didiami 2-3 buah keluarga untuk beristirehat sebentar setelah penat meronda-ronda di Bandaraya Melaka Bersejarah. Nantikan harga promosi pembukaan sehingga akhir tahun ini pada posting seterusnya.