23 November 2013

Perbandingan Menginap di Homestay atau di Hotel.

HomestayHotel
HargaHarga
Bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis rumah, samada apartment, teres setingkat atau 2 tingkat atau banglo, kelengkapan di dalam rumah, lokasi, dan sebagainya. Biasanya kalau rumah teres setingkat 3 bilik, harganya dalam lingkungan RM150 - RM200. Kalau rumah teres dua tingkat yang 3 bilik dan ke atas atau yang lebih besar adalah dalam lingkungan RM200 - RM500 untuk seluruh rumah termasuk parking percuma. Kalau dibandingkan dengan saiz bilik, secara umumnya adalah lebih mahal berbanding homestay. Kalau berseorangan atau dalam kumpulan kecil (2-3 orang) mungkin lebih ekonomikal untuk menginap di hotel. Tapi kalau berkeluarga, rombongan dan sebagainya, lebih ekonomikal dan juga praktikal untuk menginap di homestay

Kapasiti

Kapasiti
Lebih fleksibel, tambah ramai-ramai pun tak mengapa selagi ada ruang untuk tidur. Boleh berbincang dengan Tuan Rumah untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Kadang-kadang ada juga disediakan tilam dan bantal tambahan tanpa kos tambahan. Lebih ekonomikal kalau duduk beramai-ramai
Agak tegas dalam memastikan supaya bilangan penginap dalam satu bilik adalah tidak melebihi kapasiti yang ditetapkan. Kalau nak tambah boleh, tapi kena tambah tilam dan tambah bayaran. Selalunya setiap bilik cuma boleh muat 2 orang dengan selesa. Kalau tambah pun lagi 2 orang sahaja. Lebih dari tu sudah tak selesa.
  
Lokasi

Lokasi
Lokasi homestay bertaburan, ada yang terdapat di pusat bandar dan ada juga di kawasan-kawasan taman perumahan atau dekat dengan kawasan desa. Kalau nak pergi kenduri kawin atau melawat sanak saudara di kampung halaman, atau hantar anak-anak ke pusat pengajian; hotel mungkin jaraknya agak jauh sebab kebiasaannya ia berada di pusat-pusat bandar, pekan atau pusat-pusat peranginan yang tertentu sahaja.

Lain-lain

Lain-lain

Kereta boleh parking depan rumah je, tak payah penat jalan jauh-jauh dan usung barang-barang atau dukung anak-anak atau orang keluar masuk.

Kalau bawa banyak barang ataupun ramai anak-anak kecil memang sukar sebab kena naik turun lif, dan banyak kena jalan dari tempat parking kereta naik ke bilik. Kadang-kadang sukar untuk mencari parking kereta.

06 September 2013

Tempahan kini dibuka semula

Harap maaf atas segala kesulitan. Tempahan Ayer keroh Homestay 270 telah dibuka semula. Harap maklum

20 June 2013

Tempahan dihentikan seketika

Pihak pengurusan Ayer Keroh Homestay 270 tidak akan menerima sebarang tempahan homestay mulai esok 21/06/2013 sehingga awal Ramadhan nanti.. Segala kesulitan kepada tetamu-tetamu kami amatlah dikesali.

04 January 2012

Kadar Sewa 2012


Mulai 1 Januari 2012 kadar sewa Ayer Keroh Homestay 270 adalah seperti berikut:
  • Kadar rata semalaman - RM160/malam
Sebarang perubahan atau promosi akan diumumkan kelak. Harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keselesaan yg sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa, InsyaAllah.

14 October 2011

Tempahan Cuti Sekolah 2011

Musim cuti sekolah 2011 hampir tiba!

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Melaka menjadi tumpuan ramai apabila tibanya cuti sekolah, cuti panjang atau pun di hujung minggu. Kebiasaannya hotel-hotel di Melaka akan Fully Booked.

Kami telah mula menerima tempahan untuk musim cuti sekolah 2011. Buatlah tempahan awal dengan segera..

30 July 2011

Muzium Maritim @ Replika Flor De Lamar

Muzium Maritim merupakan replika 'Flor de Lamar' - sebuah replika kapal Portugis yang tenggelam di luar pantai Melaka semasa dalam perjalanan ke Portugal. Kerja pembinaan replika ini bermula pada awal tahun 1990 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Maritime Museum telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun, 1994


20 May 2011

First Aid Kit

Sebagai satu langkah untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami kepada tetamu-tetamu homestay, kini Homestay 270 di lengkapi First Aid Kid.

27 February 2011

Cuti Sekolah Mac 2011

Alhamdulillah, kami telah menerima beberapa tempahan untuk musim cuti sekolah Mac 2011. Kepada mereka yang masih mencari-cari tempat penginapan di Melaka, Ayer Keroh Homestay 270 merupakan pilihan yang terbaik. Kedudukan homestay ini yang terletak di Ayer Keroh memudahkan anda untuk melawat tempat-tempat berikut:


  1. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
  2. Perkampungan Buku Melaka
  3. Zoo Melaka
  4. Taman Buaya Melaka
  5. Taman Mini Malaysia / Mini Asean
  6. Taman Rama-Rama
  7. Taman Seribu Bunga (...)
  8. Taman Botanikal (....)
  9. Melaka International Bowling Centre (MIBC)
  10. Planetarium Melaka
Jarak homestay ini ke tempat-tempat yang disenaraikan di atas adalah kira-kira 3km sahaja. Rancanglah percutian anda sebaik mungkin dan buatlah tempahan awal.

14 February 2011

Tempahan & Pembayaran

Anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut :

  1. Hubungi kami pihak Ayer Keroh Homestay 270 untuk menyemak kekosongan dan membuat tempahan atau anda juga boleh membuat tempahan online di mana pihak Ayer Keroh Homestay 270 akan menghubungi anda semula.
  2. Deposit sebanyak RM50.00/malam dikenakan untuk menempah tarikh. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menerusi maybank2u.com. No akaun akan dimaklumkan kemudian. Pembayaran deposit perlu dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat panggilan. Jika deposit tidak diterima dalam tempoh 48 jam, pihak Ayer Keroh Homestay 270 menganggap tiada tempahan dilakukan. Bayaran deposit yang diterima akan disimpan oleh pihak Ayer Keroh Homestay 270.
  3. Baki pembayaran dijelaskan semasa menerima kunci. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Ayer Keroh Homestay 270.

30 January 2011

Kadar Sewa 2011

Kadar sewa Ayer Keroh Homestay 270 adalah RM150/malam sepanjang tahun 2011. Sebarang perubahan atau promosi akan diumumkan kelak. Harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keselesaan yang kami tawarkan, InsyaAllah.

25 December 2010

Malacca Tourist Guide

Untuk memudahkan tetamu Homestay270 melancong ke Melaka, anda boleh dapatkan Malacca Tourist Guide di sini. Semoga dengan adanya e-brochure ini dapat melicinkan lagi perjalanan dan percutian anda di Negeri Melaka ini.

Nota: e-brochure ini disediakan oleh Tourism Malaysia.

25 November 2010

Cuti Sekolah 2010

Musim cuti sekolah telah pun bermula. Melaka merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai apabila tibanya cuti sekolah, cuti panjang atau pun di hujung minggu. Ini kerana Melaka mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati seperti tempat bersejarah, muzium, pusat membeli-belah, pantai dan 1001 macam lagi. Kebiasaannya hotel-hotel di Melaka akan Fully Booked. Rebutlah peluang dengan membuat tempahan awal sempena promosi pembukaan kami dengan kadar RM120/malam. Sila klik di sini untuk kekosongan pada penghujung November dan sepanjang Disember 2010.



Update:  Space Fair 2010 - NASA @ Planetarium Melaka sedang berlangsung dari 22-28 November 2010, bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Tiket masuk berharga RM8.00 (Dewasa) dan RM5.00 (Pelajar).

10 November 2010

Tempahan Homestay

Untuk memudahkan lagi urusan tempahan, berikut adalah senarai penuh tempahan yang telah kami terima sepanjang bulan Disember 2010. Harga promosi RM120/malam adalah sehingga 31/12/2010. Harga yang ditawarkan adalah kadar rata setiap hari (weekdays/weekend).

Update: Senarai penuh tempahan adalah untuk sepanjang masa. Anda boleh melihat kekosongan sedia ada sebelum membuat tempahan.

20 October 2010

Promosi Pengenalan

Homestay 270 kini sedia untuk menerima tetamu. Berkedudukan strategik di pintu utama ke negeri ini - kawasan Pentadbiran Melaka ini juga terkenal dengan tempat-tempat menarik di samping beberapa pusat pengajian tinggi awam & swasta. Homestay 270 sangat sesuai untuk beristirehat semasa datang melawat ke Negeri Melaka, penginapan sempena majlis konvokesyen, konvensyen, pameran, persidangan malah rumah persinggahan majlis perkahwinan. Promosi adalah sehingga 31/12/2010, dengan menawarkan kadar rata RM120/malam. Mengapa perlu bayar lebih untuk keselesaan yang sama?

16 October 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Melaka Maju 2010... Homestay 270 dijangka akan mula menerima tetamu mulai November ini. Segala persiapan dan proses melengkapkan kemudahan sedang giat dilakukan setelah hampir 2 bulan proses pengubahsuaian dilakukan. Dengan keluasan penginapan 22' x 80', homestay ini sangat sesuai didiami 2-3 buah keluarga untuk beristirehat sebentar setelah penat meronda-ronda di Bandaraya Melaka Bersejarah. Nantikan harga promosi pembukaan sehingga akhir tahun ini pada posting seterusnya.